Blogger pro-Perikatan Nasional (PN), Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didakwa atas kesalahan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ekoran posting media sosialnya berhubung isu stoking dengan kalimah Allah.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang mengadap Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya, di Bukit Bintang, di Kuala Lumpur pada 12 tengah hari, 29 April lalu. – SM