Ekonomi
Tabung Haji agih keuntungan 2023 3.10 peratus
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 3.10 peratus.
Agihah itu kekal seperti tahun lalu dan ia setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
“Agihan keuntungan 2023 dibuat setelah penyata kewangan TH tahun 2023 selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan telah mengambil kira rosot nilai.
“Terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah United Kingdom (UK).
“Agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga mematuhi Akta Tabung Haji 1995,” katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH hari ini. – SM