Warga kota dijangka terperangkap 72 jam di KLCC bermula Jumaat
Warga kota yang gila beli-belah dijangka akan terperangkap selama 72 jam di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Jumaat hingga Isnin.
Hal ini demikian kerana pada waktu tersebut, Star Vendor akan melaksakan Mega Raya Fest 2024 @ KLCC dan melibatkan puluhan artis tanah air.
Antara aktviti utama adalah jualan pakaian, aksesori serta persediaan untuk hari raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 bakal menyaksikan pembabitan 70 selebriti dan influencer terkenal tanah air yang turut membuka booth dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.
Antara barisan selebriti dan influencer yang turut serta dalam Festival No.1 ini adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sri Aliff Syukri, Dato’ Ifa Raziah, Shuib Sepahtu, Datin Sri Shahida, Erra Fazira, Bella Astillah, Shahrul Ridzwan, Diana Danielle, Syatilla Melvin, Shahiezy Sam, Eira Syazira, Azad Jasmin, Aisha Retno, Risteena, Chacha & Emma Maembong, Nadia Brian, Rita Rudaini, Mawar Rashid, Black, Zulin Aziz, Kak KM, Puspagomen, Cikidot, Han Budak Cina dan ramai lagi.