SEORANG kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berjaya mengesan wang miliknya sebanyak RM4,000 semasa membuat semakan di Kaunter Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis di Auditorium universiti ini, hari ini.
Bendahari KUIPs, Khairul Anuar Razak berkata, jumlah tuntutan itu merupakan tuntutan tertinggi semasa kalangan kakitangan KUIPs membuat semakan.
“Kaunter BWTD yang dibuka bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan dan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan bagi mengesan wang masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, semakan boleh dibuat melalui nombor kad pengenalan mereka malah mereka juga boleh mendapatkan maklumat untuk ahli keluarga juga,” katanya.
Beliau berkata, sekaligus membuatkan masing-masing yang berjaya dengan tuntutan ini tersenyum lebar kerana tidak menjangka akan mendapat “rezeki terpijak”.
Lebih 100 kakitantan dan pelajar universiti ini hadir bagi mendengar dan mengunjungi kaunter Perancangan Harta Pusaka dan BWTD yang dianjurkan oleh Jabatan Bedahari dan Jabatan Pendaftar.
“Program yang kita anjurkan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua kakitangan mendapatkan maklumat terutama dalam pentadbiran harta pusaka secara umum selain dari permasalahan yang dihadapi semasa mentadbir harta pusaka,” ujarnya ketika ditemui selepas program itu.
Khairul Anuar menambah melalui program ini diharap kakitangan lebih memahami tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid dan Akta Pembahagian 1958.
Tambahnya, diharap program yang bermanfaat ini dapat diteruskan pada masa hdapan dengan melibatkan pelbagai agensi lain nanti. – SM