Travel

Penerbangan Airliner Turkmenistan kembali ke Malaysia

SETELAH 9 tahun penerbangan Turkmenistan Airlines kembali ke Malaysia semula dengan harapan meneroka pasaran dan mempromosikan elemen pelancongan mesra Muslim.

Penerbangan yang dijadualkan dua kali seminggu dari Ashgabat ke Kuala Lumpur ini merupakan syarikat penerbangan kedua dari Asia Tengah itu, laluan penerbangan ke Kuala Lumpur selepas Uzbekistan Airways.

Penerbangan Turkmenistan tiba ke Malaysia semalam jam 4 petang

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyambut kedatangan dari pelancong Turkmenistan di KLIA terminal 1 seramai 228 ,teruja untuk mengadakan kerjasama dalam mempromosikan Malaysia Tourism.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyambut kedatangan dari pelancong Turkmenistan di KLIA terminal 1 seramai 228

’’Kami sangat teruja menerima kedatangan pelancong dari negara ini, saya juga berterima kasih kepada ambassador Turkmenistan Malaysia bekerjasama untuk membuat promosi ini’’, katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Amerika/Eropah/Oceania Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata Turkmenistan Airlines merupakan _syarikat penerbangan kedua dari Asia Tengah yang menawarkan laluan penerbangan ke Malaysia.

Penerbangan berjadual dua kali seminggu dikendalikan oleh Boeing 777-200LR/777-300ER
pesawat, yang mempunyai kapasiti tempat duduk masing-masing 289 dan 368. Bertolak dari Ashgabat
setiap hari Rabu dan Khamis.

Tempoh penerbangan dari Ashgabat ke Kuala Lumpur hanyalah 8 jam 10 minit, menawarkan penumpang akses terus ke Malaysia

Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Amerika/Eropah/Oceania Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata Turkmenistan Airlines merupakan syarikat penerbangan kedua dari Asia Tengah yang menawarkan laluan penerbangan ke Kuala Lumpur selepas Uzbekistan Airways.

“Kita harap sangat ini merupakan satutitik permulaan untuk kita terokai pasaran Asia Tengah dan pasaran Rusia yang tiada penerbangan terus (ke Kuala Lumpur),” jelasnya.

Bagi tempoh Januari ke November 2023 Malaysia menerima lonjakan pelancong dari Asia Tengah dengan 21,900 manakala 100,645 dari Rusia peningkatan sebanyak 39% .

Artikle Berkaitan :>

AirAsia anjur Hari Kelestarian pertama untuk memacu industri penerbangan yang lebih hijau

COVID-19: Vietravel Airlines tangguh pelancaran penerbangan pertama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button