Ekonomi

UniSZA, Olive Jardin Marketing jalin usahasama jalan kajian klinikal minyak zaitun dara

PASARAN minyak zaitun dara (virgin olive oil) di peringkat lokal dan antarabangsa berdepan isu keaslian apabila sesetengah pengusaha bertindak memalsukan maklumat yang terkandung dalam minyak mereka.

Ada yang secara licik mendakwa minyak zaitun yang mempunyai bau yang tengik atau istilah saintifiknya ‘lampante’ sebagai minyak zaitun dara.

Minyak Zaitun Dara, Extra Virgin Olive Oil (EVOO) yang tulin mesti mempunyai aroma bau dan rasa yang segar semulajadi, sedikit pahit dan sedikit pedas ketika cuba menelannya.

Pengarah Urusan Olive Jardin Marketing, Muhd Shakir As-Salam B. Ya, berkata hal ini terjadi kerana kurangnya pendedahan serta maklumat mengenai ciri khas minyak zaitun dara yang sebenarnya boleh dikesan melalui aroma bau dan rasa.

Pengarah Urusan Olive Jardin Marketing, Muhd Shakir As-Salam B. Ya

Mahu pengguna mendapatkan produk yang sahih dan memperoleh 1001 manfaat daripada penggunaan minyak zaitun dara (EVOO). Olive Jardin Marketing dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalinkan usahasama menjalankan kajian klinikal mengenai minyak zaitun dara (EVOO) hasil daripada perahan buah zaitun putik/muda yang memberi manfaat besar kepada kesihatan dan kecantikan.

Majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara Olive Jardin & UniSZA menjadi bukti komitmen kami dalam membuktikan manfaat kesihatan EVOO secara saintifik.

Kajian yang telah dijalankan sejak 1 Januari 2024 itu dijadualkan berjalan selama sembilan bulan bagi membuktikan keberkesanan minyak zaitun tuaian muda berhadapan pengurusan penyakit metabolik. Hasil kajian akan diterbitkan di dalam jurnal dan dikongsi dengan semua pihak yang berkenaan.

“Kami di Olive Jardin sentiasa berusaha menyediakan maklumat tepat bersandarkan data saintifik bagi memastikan pengguna mendapat maklumat tepat dan selari dengan dapatan kajian terkini.

“Di Olive Jardin, kami memiliki Jabatan Kajian dan Pembangunan (R&D) diketuai Dr Suhana Samad selaku Oleochemist yang sentiasa menjalankan kajian di dalam pemilihan, perincian dan produk yang kami pasarkan.

“Cuma apabila menyebut pembuktian saintifik, ia memerlukan fasiliti dan kolaborasi dari institusi seperti Fakulti Perubatan UniSZA terutama kajian klinikal. Maka menerusi kerjasama ini, kami saling menyumbang kepakaran dan sumber demi merealisasikan usaha ujian klinikal ini. Apa yang lebih menarik, ia merupakan kajian klinikal pertama di Malaysia yang dilakukan bersama universiti awam negara kita terhadap minyak zaitun dara tuaian muda.kata Muhd Shakir.

Muhd Shakir berharap, rakyat di negara ini dapat merasai dan memahami rasa EVOO berkualiti, seterusnya merasai sendiri manfaat kesihatan EVOO yang berkualiti berikutan kesedaran pengguna di dalam membezakan kualiti dan menilai perbezaan kelas minyak zaitun dara masih jauh kebelakang.

“Hanya mereka yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun dara (EVOO) secara konsisten dalam diet harian faham akan kesan positifnya terhadap kesihatan. Saya berharap, rakyat di negara ini dapat merasai dan memahami rasa EVOO berkualiti yang saya dan sahabat sepengajian rasai sewaktu kami menuntut di Morocco,” katanya.

Berkongsi kehebatan produk Olive Jardin berbanding jenama lain di pasaran, Muhd Shakir berkata, buat masa ini produk utama mereka adalah Zouitina Prestige hasil perahan daripada buah zaitun muda yang belum matang/masak.

Produk yang memiliki nilai free acidity yang rendah 0.15% dan mempunyai ukuran median kesegaran buah yang tinggi iaitu 6.1 Nilai Free Acidity yang rendah dan ukuran median kesegaran buah yang tinggi merupakan ukuran utama dari segi kualiti yang ditetapkan oleh Internation Olive Council (IOC).

Sehingga kini, hanya Zouitina Prestige yang memaparkan sijil analisis makmal disetiap kotak/botol minyak zaitun bagi memudahkan pengguna mendapat kepastian status EXTRA VIRGIN.

Untuk mengabsahkan lagi kualiti dan keunikan Zouitina Prestige, kami telah menyertai dan memenangi 8 anugerah utama dipertandingan minyak zaitun sedunia yang diadakan di 7 buah negara pada 2023. Pertandingan EVOOLEUM Spain 2023 telah menobatkan Zouitina Prestige adalah Minyak Zaitun Dara (EVOO) terbaik MOROCCO dan 100 terbaik didunia.

“Walaupun dengan pelbagai kejayaan diraih di peringkat global, kami akan memastikan produk keluaran kami mampu dimiliki bagi membolehkan setiap golongan masyarkat mendapat peluang untuk merasai kehebatan dan khasiat EVOO.

“Malah menjadi amalan kami, pelanggan dapat merasai sendiri produk kami sebelum membeli di butik. Ini adalah usaha kami untuk mendidik masyarakat. Semoga usaha kecil ini mampu menggalakkan amalan makanan sunnah dalam masyarakat Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato Dr Fadzil Adam pula berkata, memandang serius terhadap pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara luas dan spesifik, pihaknya tartarik untuk bekerjasama dengan Olive Jardin.

“Keputusan untuk menjalankan kajian mengenai minyak zaitun dara sebagai modul kajian adalah berdasarkan beberapa faktor penting. Pertama kepetingnan kesihatan masyarakat di mana EVOO telah lama diakui sebagai sebahagian diet sihat dan berkhasiat, malah ia juga disebut sebagai makanan sunnah.

“Hanya melalui kajian penyelidikan saintifik dapat membuktikan khasiatnya secara lebih spesifik. Jadi, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan yang jelas dan berasas kepada masyarakat umum. Kajian ini juga memberi peluang untuk mengeksplorasi potensi terapi baru, pemakanan yang lebih baik, dan strategi pencegahan penyakit.

“Kedua, pendidikan dan kesedaran masyarakat. Selain daripada aspek penyelidikan, modul kajian mengenai minyak zaitun dara juga dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami lebih lanjut mengenai kepentingan pemakanan yang sihat dan kaitannya dengan kesihatan. Ini adalah langkah penting dalam membina kesedaran mengenai pemilihan pemakanan yang betul dan gaya hidup yang sihat,” katanya. – SM

Artikel berkaitan > Dalam masa 4 minggu serum jenama ‘Murad’ terbaru mampu mengembalikan keremajaan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button