YB Zambry, kami tak mandi!-kumpulan pelajar UMS
“SELAMAT datang, selamat datang YB Menteri, Selamat Datang, selamat datang YB Menteri. Kami tak mandi, kami tak mandi, Seri YB , kami tak mandi, kami tak mandi, Seri YB.”
Demikian lirik dalam nyanyian para pelajar yang menyambut ketibaan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Zambry Abd Kadir ke kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.
Zambry sebagai Menteri KPT melakukan lawatan kerjanya yang pertama memberi pencerahan kepada para pelajar berhubung masalah yang dihadapi.
“Saya dah bincang tadi… Pagi tadi kami dah jumpa dengan pimpinan pelajar, jadi pimpinan pelajar telah maklumkan dengan saya, apa masalah.
“Sebab itu saya datang hari ini untuk mendengar semua masalah-masalah,” kata Zambry.
Dalam lawatan kerjanya, Zambry turut mengumumkan tambahan RM2 juta untuk menyelesaikan isu air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Selain itu, wakil mahasiswa juga akan dilantik di dalam jawatankuasa task force bagi menyelesaikan isu air dan sama-sama memantau gerak kerja. – SM
BACA Tujuh isu penting dari Dr Zambry