AgamaNasional

Amalan Islam, aktiviti pelajar Muslim jangan campur tangan!

Pembatalan program Khatam Al-Quran di sebuah sekolah kerajaan

AMALAN Islam dan aktiviti untuk pelajar Muslim di negara ini tidak seharusnya menjadi sasaran campur tangan atau halangan tanpa mengira misi sekolah tersebut.

Ia sejajar dengan Islam adalah Agama Persekutuan. Ini adalah hak yang dilindungi dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta perlu dihormati.

Sebagai Ketua Penerangan Parti PUTRA, Shahrulufti Sharif berkata, PUTRA dengan tegas mengecam campur tangan yang mengakibatkan pembatalan program Khatam Al-Quran di sebuah sekolah kerajaan.

“Tindakan ini merupakan satu bentuk pelanggaran yang tidak dapat diterima terhadap Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dan juga merupakan penghinaan terhadap institusi Islam termasuk Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian yang serius terhadap sebarang tindakan yang menghina Islam oleh pentadbiran sekolah kerajaan.

Katanya lagi, institusi kerajaan sepatutnya mengakui bahawa Islam adalah identiti nasional negara dan tidak boleh dipisahkan daripadanya.

“Kami turut merasa kecewa dan dukacita terhadap sekatan ke atas aktiviti keagamaan termasuk larangan takbir dan qunut nazilah dan kini larangan Majlis Khatam Al-Quran di sekolah Kerajaan pula.

“Tindakan ini tidak dapat diterima dan menunjukkan ketidakpenghargaan terhadap amalan keagamaan dan hak-hak berperlembagaan di Malaysia terutamanya dalam konteks sekolah-sekolah Kerajaan,” katanya. – SM

BACA Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardhu – Harussani

BACA Masjid seluruh Perlis diarah baca Qunut Nazilah bagi keselamatan rakyat Palestin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button