YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah akan mengadakan temu bual ke atas semua ahli Parlimen di Istana Negara hari ini dan esok.
Proses temu bual secara individu tersebut bertujuan untuk mengetahui sendiri sokongan mereka terhadap pemilihan Perdana Menteri.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Yang di-Pertuan Agong akan mengambil masa antara dua hingga tiga minit untuk menjalankan proses itu yang bermula 2.30 petang ini.
Katanya, hari ini kumpulan pertama seramai 90 ahli Parlimen akan melalui proses berkenaan manakala selebihnya dijangka berlangsung esok. -SM