Nasional

MPP UPSI serah buku laporan kepada PMX sambut agenda pemerkasaan mahasiswa KPT

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2022/2023 berpeluang menyerahkan Buku Laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena majlis Anugerah Buku Negara 2023 dan sesi Temu Anwar di UPSI baru-baru ini.

Yang Dipertua MPP, Nik Ahmad Nuri berkata laporan berkenaan mengandungi kejayaan hasil pengorbanan dan penat lelah barisan kepimpinan MPP sepanjang tempoh berkhidmat selama 326 hari antara tahun 2022 dan 2023.

YDP MPP, Nik Ahmad Nuri menyerahkan bersama barisan kepimpinannya menyerahkan laporan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Tuanku Canselor.

Katanya, pada masa yang sama aktiviti dan inisiatif yang dijalankan turut memberi impak dalam membentuk mahasiswa yang holistik dan progresif.

“Buku Laporan sebanyak 300 pelaksanaan ini merangkumi 100 program dalam dan luar negara, 93 aktiviti bersama mahasiswa dan komuniti, 44 inisiatif kebajikan, 40 kunjungan hormat, 19 pengeluaran artikel dan empat misi bantuan kemanusiaan selari dengan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Kmenterian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi fasa yang pertama berkaitan autonomi pengurusan aktiviti dan kewangan.

Nik ahmad berkata dalam menyahut seruan kerajaan melalui nilai teras Malaysia MADANI berkaitan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, MPP UPSI berjaya menghasilkan tiga produk yang memberi impak besar kepada seluruh mahasiswa dan masyarakat iaitu MPP TV, MPP CULINA dan MPP INCORPORATE.

Sementara itu Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga dengan pencapaian terbesar MPP UPSI dalam aspek penjagaan kebajikan mahasiswa dan sekaligus turut memberi sumbangan kepada universiti yang bersejarah ini.”

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin turut berterima kasih kepada MPP berikutan melaksanakan pelbagai usaha, malah sumbangan MPP mencerminkan semangat berdedikasi dan inovatif dalam menghasilkan inisiatif baharu demi kepentingan semua pelajar. -SM

Baca : Anwar lulus RM25 juta tambah blok kediaman pelajar UPSI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button