Nasionalpilihan

Harga bawang di Perlis dijangka naik selepas Krismas

PEJABAT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menjangkakan kemungkinan besar akan berlaku kenaikan harga bawang selepas perayaan Krismas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Farah Adlina Ropaie berkata, dari pemantauan pihaknya juga mendapati sebelum ini berlaku sedikit kenaikan harga bawang iaitu antara 10 hingga 15 peratus atau antara RM5 hinggga RM6 sekilogram.

Beliau berkata, sehingga kini di sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP) dari 23 hingga 27 Disember, para peniaga masih patuh harga di bawah kawalan.

Farah Adlina Ropaie (kanan) bersama dengan anggota penguatkuasa semasa melakukan pemeriksaan dan walkabout SHMMP Perayaan Krismas di sebuah pasar raya di Kangar hari ini.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan bawang di Perlis mencukupi,”
katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan dan walkabout SHMMP Perayaan Krismas di sebuah pasar raya di Kangar hari ini.

Farah Adlina berkata, pada hari pertama SHMMP Perayaan Krismas berlangsung, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga pemborong dan 107 peruncit.

“Hasil pemeriksaan peniaga didapati mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan serta mematuhi penandaan harga berwarna merah pada kesemua barangan harga terkawal,” katanya.

Farah Adlina Ropaie

Selain itu katanya, pejabat ini juga melaksanakan advokasi secara berterusan kepada peniaga bagi memastikan mereka patuh perundangan sepanjang skim berlangsung.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini juga sebanyak 298 kes dihasilkan oleh Pejabat KPDN negeri yang melibatkan pelbagai kesalahan dengan kutipan kompaun berjumlah RM162,300.

Katanya, sebanyak 13,585 pemeriksaan telah dijalankan dari 1 Januari hingga 23 Disember lalu. – SM

Artikel berkaitan > NGO digalakkan pilih produk tempatan bantu mangsa banjir

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button