Politik

Tun M angkat sumpah sebagai PM petang ini?

KETIKA pemimpin Pakatan Harapan (PH) gila talak merayu supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali menerajui PH, difahamkan Dr. Mahathir pergi ke Istana Negara petang ini untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir difahamkan hadir ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas meletakkan jawatan pada sebelah tengah hari tadi.

Peletakkan jawatan Dr. Mahathir dan pengumuman keluar Pakatan Harapan oleh Bersatu dan sebahagian pemimpin PKR diketuai Datuk Seri Azmin Ali sekali gus menyebabkan PH berkubur.

Selepas mengangkat sumpah hari ini, Dr. Mahathir akan membentuk kerajaan dan kabinet baharu.

Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ini bermakna Dr. Mahathir akan membentuk kerajaan baharu bersama-sama Bersatu, Barisan Nasional, Pas, Warisan, serpihan PKR dan Gerakan.

Gabungan berkenaan difahamkan akan menggunakan nama Perikatan Nasional.

Dalam pada itu sejumlah 129 sokongan ahli Parlimen sudah mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan 129 ahli parlimen termasuk Pas dan UMNO bersama Tun Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu Kawalan Hormat Perdana mengiringi Dr. Mahathir ketika meninggalkan keluar Istana Negara pukul 6.18 petang ini mengesahkan lagi beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri dijangka mengumumkan barisan Kabinet baharu dalam masa terdekat.

Sementara itu maklumat terkini memaklumkan Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri sementara oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan kerajaan baharu dibentuk oleh beliau.

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button