Diana Danielle dan Farid Kamil belum daftar rujuk di mahkamah
Pelakon dan penyanyi Diana Danielle dan suaminya pelakon Farid Kamil, akui mereka masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.
Kata Diana, tidak mengubah apa-apa mengenai hubungan mereka yang sudah terjalin bersama walaupun merujuk di mahkamah.
‘’So, Whats the point? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk.
‘’Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun. Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja.
Tambah Diana lagi, dia menganggap pengesahan rujuk itu sebagai tidak penting dan belum bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
‘’Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.
‘’Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum.
Peguam mewakili Diana untuk kes penceraian sebelum ini, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu bahawa pasangan ini tetap perlu ke Mahkamah Syariah bagi mengesahkan proses rujuk semula itu.
Terdahulu, pasangan ini mengejutkan orang ramai mereka bercerai talak satu pada 10 Ogos namun tidak sampai sebulan mereka membuat keputusan untuk bersama semula.
Artikle Berkaitan :>
Peminat terharu, Farid Kamil dan Diana Danielle bakal rujuk semula