Tetap kongsi akaun Netflix walau sudah berpisah
Walaupun Datuk Jovian Mandagie dan isterinya Datin Nina Ismail Sabri sudah bercerai namun mereka tetap berkongsi akaun Netflix.
Menerusi hantaran di Instagram, Nina yang, meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan bekas suaminya masih boleh menggunakan akaun aplikasi Netflix miliknya.
Jovian yang merupakan pereka fesyen, turut membalas dengan nada gurauan, mengatakan di juga mahu bekas isterinya menaja produk mandian jenama miliknya kepada dia sepanjang hidup.
Rata-raya pengikutnya yang membaca komen tersebut meluahkan rasa terhibur dengan gelagat mereka.
Semalam berita penceraian mereka mengejutkan orang ramai, menerusi hantaran di Instagram, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpisah secara baik.
Katanya, mereka akan kekal sebagai sahabat selain menjadi ‘co-parenting’ demi kebahagian puteri Tunggal, Jeanelle Nika Mandagie, 6.
Untuk rekod, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Artikle Berkaitan :>