Politik

PRK: Prestasi gabungan BN-PH merosot di Kemaman

SEPERTI mana yang dijangka Perikatan Nasional (PN) akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman, Terengganu, semalam masih di atas sentimen masyarakat Melayu menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA merangkap Biro Ekonomi, Dr Mohamad Izwan Zainal berkata, melihat kepada pretasi dan keputusan PRK semalam menunjukkan gabungan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) merosot sebanyak 19,000 undi jika dibandingkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) melalui pecahan undi antara BN dan PH dengan keputusan majoriti tertinggi sepanjang 9 pilihan raya sebelum ini.

“Namun begitu, PN tidak boleh mendabik dada dengan kejayaan melalui kemenangan di Parlimen Kemaman kerana perjalanan masih berbaki tidak kurang 4 tahun bagi menghadapi PRU16 yang lebih mencabar untuk masih kekal sebagai pembangkang atau bertukar menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Kerajaan di bawah pentadbiran gabungan BN – PH perlu sedar bahawa mereka sekarang sedang ditolak oleh masyarakat Melayu akibat daripada dasar-dasar negara yang tidak konsisten untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, dengan keadaan dunia yang bergolak hari ini, sepatutnya inisiatif-inisiatif yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada rakyat, kesusahan rakyat hari ini dengan kenaikan harga barang, kekurangan barangan asas, kenaikan cukai yang tidak realistik dan efficient.

Tambah beliau, di samping isu-isu yang menjurus kepada selective judgement yang melibatkan kepimpinan dalam kerajaan yang rakyat melihat dan boleh menilai apa yang berlaku.

“⁠Secara keseluruhannya masyarakat melayu masih majoriti menolak dengan dasar-dasar kerajaan hari ini melalui keputusan PRK P40.

“Walaupun kemenangan ini tidak mengubah apa-apa corak dan keadaan di Parlimen dan ekonomi negara secara khususnya namun memberikan kemenangan moral kepada PN untuk menghadapi PRU16 nanti,” katanya dalam kenyataan yang sama. – SM

BACA Hazri Jusoh mungkin jadi calon Pas bertanding dalam PRK Parlimen Kemaman

BACA Menang majoriti 37,220 undi di Kemaman bukti Pas lemah dan tidak relevan?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button