Nasional

Khoo Shu Yin beri tekanan pada diri untuk raih Anugerah Pelajaran Diraja

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian, Khoo Shu Yin,24, yang meraih Anugerah Pelajaran Diraja sempena majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali Ke-25 selesa mengingatkan dirinya sendiri setiap waktu dalam bergelut sepanjang pengajian.

Dia yang berazam mewarisi tugas ibunya sebagai guru bahasa Inggeris, Lee Wooi Hong, seorang pesara guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Bohor, Alor Setar turut ditemani ayahnya, Khoo Boo Kung, pemilik kedai kopitiam tetapi keduanya sudah lama bersara.

Khoo Shu Yin menerima anugerah itu yang disampaikan Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada sesi pertama semalam di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

“Saya mendapat makluman menerima anugerah ketika saya baru bangun dari tidur dan berasa terkejut sehingga meminta ibu saya untuk cubit muka kerana tidak percaya bahawa saya mendapat Anugerah Pelajaran Diraja, ” katanya.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah, itu nyang memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.84 itu, kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana mencari pengalaman kerja sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, Alor Setar sejurus tamat pengajian.

Sebagai anak tunggal dalam keluarga, Khoo Shu Yin berkata prinsip hidupnya adalah ingin menjadi yang terbaik “Be the Best of The Best” untuk membalas jasa ibu bapanya apabila melanjutkan pengajian di universiti.

“Sejak kecil ibu bapa saya mengajar untuk menjadi seorang yang baik dan sentiasa berbuat baik kepada orang tidak kira orang itu melukai kita, malah mereka tidak pernah beri saya tekanan dalam pelajaran. Saya yang memberi tekanan kepada diri saya sendiri untuk berjaya dalam pelajaran sejak kecil lagi.

Khoo Shu Yin yang menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian sehingga peringkat Doktor Falsafah, berkata, ketika di bangku, ibunya menghantarnya ke kelas tuisyen, kelas melukis, menyanyi dan kelas piano.

“Selain itu, saya juga akan meluangkan masa untuk menyertai pertandingan menyanyi dan bermain piano serta menyertai pertandingan koir di sekolah.” katanya.

Dia berkata, antara resepi kejayaannya adalah sentiasa bertanya pensyarah tidak kira soalan yang ditanya itu soalan susah atau senang, ulang kaji pelajaran dan paling penting sekali adalah sentiasa merendah diri dengan orang lain.

“Saya seorang yang sistematik dan akan membuat jadual pembelajaran untuk belajar, menyertai kelas-kelas bakat dan mengulang kaji sebab suka membaca dan membawa buku ke mana sahaja.-SM

Baca : UPSI globalkan daerah Muallim

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button