15 ahli parlimen menandatangani dua akuan bersumpah
TUN Dr. Mahathir Mohamad tidak dapat membentuk kerajaan kerana terdapat 15 ahli parlimen yang telah menandatangani dua akuan bersumpah.
Mereka menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahathir dan pada masa yang sama turut menandatangan akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Lokman Noor Adam berkata, situasi itu menyebabkan kedua-dua pemimpin berkenaan mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli parlimen.
Oleh itu Yang di-Pertuan Agong perlu mendengar daripada Anwar dan penyokongnya terlebih dahulu.
Tuanku juga mungkin perlu memanggil 15 ahli parlimen terbabit bagi menyatakan pendirian mereka masing-masing.
Jika lebih baik Tuanku boleh memanggil kesemua 222 wakil rakyat yang telah berada di Kuala Lumpur.
Selepas mendengar pandangan dan pendirian tersebut Tuanku mungkin bertitah untuk memberi kebenaran kerajaan baharu dibentuk atau membubarkan parlimen untuk pilihan raya.
Untuk membentuk kerajaan, sokongan minimum 112 orang wakil rakyat diperlukan.