Nasional

Petugas MAIPs sentiasa terampil beri bantuan – Raja Muda Perlis

Islamabad, Pakistan.

Pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilihat berjaya meletakkan posisinya di tempat yang tepat sehingga menjadikan mereka sentiasa terampil untuk menghulurkan bantuan kepada warga yang memerlukan.

Pelbagai inisiatif baharu seperti Agihan Dakwah Bil Hal, Pusat Makanan di Masjid, Pemantapan Potral rasmi MAIPs dan sebagainya, menjadikan MAIPs sentiasa dekat di hati rakyat.

Pada masa yang sama dirakamkan setinggi pengharagaan dan tahniah kepada semua agensi yang bersama-bersama MAIPs dari dahulu hinggalah sekarang yang sentiasa komited menjayakan segala misi dan visi yang disasarkan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ berjumlah RM5,000 yang diamanahkan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, Pakistan pada malam semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, TYT Ikram Mohd Ibrahim menerima sumbangan tersebut yang turut disaksikan oleh Penasihat Pertahanan, Kolonel Abu Hashim Jamaludin.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sikap ‘turun padang’ Pekhidmat MAIPs bagi menyantuni mereka yang memerlukan.

Baginda turut mengucapkan ‘Tahniah di atas pelaksanaan program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ sebanyak 76 siri sepanjang tahun 2019 yang lalu dan telah berjaya mengagihkan sejumlah RM8,064,000 kepada 13,440 asnaf terpilih.

Tuanku Raja Muda Perlis yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat berangkat ke Pakistan selama tiga hari bagi mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia 2020’.

Untuk rekod, ibu negara Pakistan ialah Islamabad yang mempunyai seramai 4.5 juta penduduk. Namun begitu, kota raya paling besarnya ialah Karachi yang mempunyai 23.5 juta penduduk. Bahasa rasmi Pakistan ialah Bahasa Inggeris dan Urdu.

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button