Hiburan

Afifah Nasir mahukan lelaki tampan dan punyai ilmu agama yang tinggi

Pelakon Afifah Nasir mengakui dia seorang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Afifah berkata dia mahukan lelaki yang sempurna namun ianya mustahil. Menurutnya lagi, dia mahukan seorang lelaki yang tampan, baik dan mempunyai ilmu agama yang tinggi.

“Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil. Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.

“Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup yang Allah kurniakan kepada saya tetapi sebenarnya, hanya 10 peratus yang macam tu, susah nak jumpa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Afifah turut menitipkan pesanan buat kaum lelaki untuk memperbaiki diri jika mahukan wanita sempurna serta sentiasa menghargai kaum wanita.

“Apa yang boleh saya katakan, goodluck untuk wanita di luar sana. Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu.

“Hargai kami sebagai wanita. Tahu nilai kita. Anggap kami seperti berlian maka anda akan menemui wanita yang baik,” tulisnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button