NasionalNegeri

Raja, Raja Perempuan terima kunjungan Sultan Johor

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Kangar, semalam.

Raja, Raja Perempuan, Raja Muda, Raja Puan Muda bersama anakanda bergambar kenangan bersama Sultan Johor.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim disambut oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis dimulakan dengan pimpinan doa oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Pertemuan Baginda Tuanku berdua telah berlangsung selama lebih sejam.

Keberangkatan Tuanku Sultan Johor itu adalah kesinambungan kunjungan kepada Raja-Raja Melayu sebagai adat berkunjung kasih selepas selesai urusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada 27 Oktober lalu.

Raja Muda berkenan menyambut ketibaan Sultan Johor.

Selesai sesi pertemuan, Sultan Johor diiringi Raja Muda Perlis dalam kenderaan rasmi yang sama terus berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk berangkat pulang. – SM

BACA Sultan Johor bersedia dahulu kan rakyat dan menunaikan kewajipan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button