Ekonomi

L’Oreal Malaysia terus membantu wanita tingkatkan kemahiran dalam bidang kecantikan

Seramai 55 wanita berjaya menghabiskan Latihan profesional di L’Oreal Malaysia akademi dalam bidang kecantikan terutamanya, solekan dan salon di bawah program Beauty For A Batter Life 2023.

Program ini memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, bukan sahaja menimba ilmu dalam kemahiran malah dapat menjana ekonomi.

Konvokesyen ini adalah satu peristiwa penting bagi mereka, kerana banyak dari lepasan pelajar ini datang dari jauh dan dekat untuk memulakan perjalanan melalui program ini.

Pelajar lepasan L’oreal academy

Dalam hanya tiga bulan, mereka memperoleh kemahiran berharga yang akan membolehkan mereka mengejar kerjaya dalam industri kecantikan – sama ada sebagai pakar salon atau jurusolek solekan profesional.

Menurut Pengarah Pengurusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska, L’Oreal mempunyai misi dalam membantu para pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang kecantikan.

“Misi kami dengan Beauty For A Better Life adalah untuk meningkatkan kehidupan melalui kecantikan yang inklusif. Kecantikan dapat memainkan peranan penting dalam membantu golongan yang pendapatan rendah, kurang bernasib baik, atau terpinggir untuk mendapatkan semula keyakinan diri, membangunkan keyakinan, dan meningkatkan kesejahteraan mereka.

‘’Tahun ini, kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami telah memperluaskan program tempatan kami ini untuk merangkumi kelas solekan profesional dan kecantikan digital baharu, sebagai sebahagian daripada promosi inklusi digital dan kewangan.” Katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN pula, melalui pendidikan sebigini dapat memberi impak yang besar kepada para wanita.

“Kerjasama dengan L’Oréal Malaysia merupakan perjalanan yang luar biasa, dan kami sangat gembira melihat impak kepada wanita-wanita ini. Kami percaya dalam kuasa pendidikan dan transformasi, dan program ini adalah contoh terbaik untuk itu’’. Jelasnya.

L’Oréal Malaysia melancarkan program Beauty For A Better Life di peringkat tempatan pada tahun 2016 dan telah membantu lebih dari 150 wanita dengan menubuhkan pusat latihan baru, melatih pengajar, memberikan latihan motivasi, mengadakan kelas master dengan L’Oréal Professionel dan L’Oréal Paris, dan membantu menyesuaikan pekerjaan selepas peserta tamat pengajian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Beauty ForA Better Life, sila lawati L’Oréal Foundation.

Artikle Berkaitan :>

L’Oreal Malaysia jalinkan usahasama bersama Kementerian Pendidikan dalam bidang TVET

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button