Tindakan Aliff Syukri melampau, tapi perbuatan Ali Puteh lebih melampau
Sepupu Hidayah balu Allahyarham Abam Bocey menyifatkan tindakan Ali Puteh yang membinatangkan kakak iparnya sangat melampau.
Akhi Fairuz dalam twitternya berkata, memang perbuatan Aliff Shukri yang mengambil kesempatan mewawancara balu Abam memang melampau.
Bagaimanapun beliau lebih kecewa dengan sikap Ali yang menuduh Hidayah mengejar harta.
“Betul, tindakan Aliff Syukri melampau, tapi tindakan Ali Puteh ‘menghentam’ kakak iparnya sendiri lebih melampau!
“Deleted? Damage is done bro! Selesaikanlah segera ya,” katanya.
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dipercayai berang setelah Aliff dalam pertemuan dengan balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali mempersoalkan tentang pembahagian harta peninggalan Abam.
Ali Puteh cabar jutawan kosmetik Aliff Syukri supaya bersemuka dengannya setelah berang dengan Aliff yang cuba melaga-lagakan balu Abam dengan ahli keluarga yang lain.
Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia 10 Februari lalu ketika tidur dan meninggalkan seorang balu serta anak lelaki berusia 8 bulan.