Hiburan

Datuk Jamal Abdillah sedia berduet bersama Datuk Aliff Syukri

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berfikiran terbuka jika Datuk Aliff Syukri ingin berduet denganya.

Namun menurutnya beliau juga menetapkan syarat jika sesiapa ingin berduet dengannya perlu menyanyi bersungguh-sungguh.

“Walaupun suara tidak enak, tidak mengapa, tetapi nyayian mesti mengikut kriteria contohnya suara tidak sumbang, saya juga faham mereka lakukan demi strategi perniagaan.

“Kita juga perlu mengikut peredaran masa, saya juga mengambil kesempatan dan menumpang mereka demi mengikut peredaran masa, jika tidak nama Jamal Abdillah akan tengelam,” katanya.

Dalam pada masa itu, Datuk Jamal Abdillah melancarkan produk kecantikan bersama Datin Zatty jenama Zarania.

Jelas Jamal Abdillah, mengeluarkan produk kosmetik ini kerana melihat isterinya yang suka bersolek, lantas berhasrat untuk bekerjasama bersama CEO Zarania, Shazrul Iman.

Jelas Ceo Shazrul Iman, untuk strategi pemasaran seratus peratus dilakukan melalui ibu pejabat.

“Kami ingin membawa produk kami ke depan bersama Datuk Jamal dan isterinya, seperti Datuk Jamal mungkin fokus kepada bidang hiburan manakala kami akan melakukan kerja-kerja marketing untuk jualan kosmetik Zarania,” katanya.

Jamal juga merancang untuk mengeluarkan produk lelaki pada suatu masa nanti.

Sebelum ini isterinya Zetty pernah mengeluarkan produk kosmetik sendiri, Lipmate untuk para peminat Jamal, namun terhenti kerana Zetty mengandung dan memberikan tumpuan kepada anak-anaknya.

 

 

 

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button