MahkamahNasionalNegeri

Bekas tentera tikam isteri sampai mati direman seminggu

BEKAS tentera yang dipercayai menikam isteri sampai mati dengan sebilah pisau kerana cemburu buta di sebuah rumah di Padang Nyu, Arau, Perlis, pada pukul 6 pagi semalam telah direman selama seminggu mulai hari ini.

Suspek yang dibawa dengan kereta polis ini dbawa masuk ke Mahkamah Kangar untuk perintah reman pada pukul 8.30 pagi oleh tiga anggota polis dan dibawa keluar selepas itu pada pukul 9 pagi.

Suspek menundukkan sahaja kepalanya ketika dibawa anggota polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Kangar hari ini.

Perintah reman ini telah dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas tuduhan membunuh.

Dalam kejadian semalam, suspek berusia 38 tahun ini dipercayai telah menikam isterinya, Munirah Abu Bakar, 31 seorang Jururawat Desa di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semasa hendak keluar bekerja.

Apabila berlaku pertengkaran pada ruang tamu rumah, suspek dipercayai telah menikam dada kiri dengan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsein Md. Rodi berkata, suspek telah ditahan pada kira-kira pukul 10 pagi ini apabila menyerah diri di pondok pengawal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar.

Katanya, suspek juga bertindak membawa mangsa ke bilik tidur utama dan kemudiannya menutup mangsa dengan selimut “Toto”.

Malah selepas kejadian katanya, dalam tempoh empat jam itu suspek sempat membersihkan tempat kejadian dan menghantar dua anak yang berusia 6 dan 8 tahun di rumah pengasuh.

Katanya, suspek mempunyai rekod lampau jenayah berkaitan dadah. – SM

BACA Cemburu: Pesara tentera tikam isteri hingga maut

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button