Hiburan

Cik Yah bakal keluar di Stesen Tv tempatan

Siapa yang tidak kenal dengan telatah Cik Yah, karakter yang dicipta melalui emoji digambarkan sebagai seorang ibu lingkungan 50-an itu bakal keluar di Televisyen tempatan.

Cik Yah yang mempunyai 430,300 pengikut di TikTok dan 142,000 pengikut di Instagram mula dikenali dari tahun 2021.

Amar Reza, 29, yang merupakan di sebalik suara Cik Yah berkata, bakal menerbitkan 3 dimensi Cik Yah serta memberi peluang pekerjaan dalam bidang animasi buat semua graduasi di luar sana.

“Kalau tiada aral melintang, InsyAllah Cik Yah akan diterbitkan di salah sebuah Stesen Tv tempatan namun matlamat utama saya adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada semua graduasi yang merupakan belajar dalam bidang animasi dan bidang seni.

“Malah untuk memperkayakan produk animasi yang kita sudah ada contohnya Upi Ipin dan ejen Ali untuk kanak-kanak, why not untuk animasi baru Cik Yah untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.” Katanya.

Bukan itu sahaja, vedio suara Cik Yah juga dijadikan ajuk dari orang ramai melalui aplikasi Tiktok malah ada di kalangan selebriti juga tidak terlepas dari meniru suara dan gaya dari Cik Yah.

Tambahan Amar, dia juga merasakan gembira apabila orang ramai menghargai dan menerima hasil kerjanya.

“Saya sangat gembira bila orang menghargai dan menerima kita buat, apabila mereka mengunakan sound itu pada saya mereka berminat dan tertarik mengunakan sound itu, jadi mereka mempunyai effort gunakan sound itu untuk buat content.

“Maksudnya apa yang saya usahakan itu adalah satu benda menarik, saya juga tiada masalah jika orang gunakan kerana akhirnya orang akan tahu itu lah suara Cik Yah.” Jelasnya.

https://www.tiktok.com/@cikyahofficial/video/7199229760889752859?lang=en

Semoga karerter Cik Yah terus hidup dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Artikle Berkaitan ;>

Animasi tempatan sewajarnya dapat kuota khas wajib tayang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button