Nasional

Budiman lancar koperasi sempena seminar pengurusan dalam sastera

TERDAPATNYA pendekatan kajian baharu iaitu pengurusan sastera terhadap teks atau pengarang mendorong  Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), Koperasi Penulis Budiman (KOBUDI), dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad  (ANGKASA)  dengan kerjasama Fakulti Bahasa dn Komunikasi (FBK) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengurusan Dalam Sastera pada 13 September depan.
Pengarah program, Prof Dr Mohd Azhar Wahid  berkata  seminar sehari yang akan berlangsung di Scholar’s Suites , Kampus Sultan Azlan Shah itu menyaksikan sebanyak 20 kertas kerja yang akan  membincangkan aspek pengurusan sastera.
Beliau berkata  seminar  berkenaan akan dirasmikan oleh Presiden ANGKASA , Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah  yang seterusnya akan akan melancarkan secara rasmi penubuhan Koperasi Penulis Budiman Malaysia (KOBUDI).
Abdul Fattah juga akan melancarkan buku “Pengurusan Sastera” yang menghimpunkan esei berkaitan kajian pengurusan sastera.
           Katanya, sempena seminar juga  Ucaptama Satu akan disampaikan oleh  Timbalan Presiden ANGKASA,  Dr Mohd Azlan Yahya dengan tajuk “Membina Pengurusan Integriti Dalam Organisasi” , manakala Ucaptama Dua  akan disampaikan oleh Prof Dr Abdul Halim Ali dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI  dengan tajuk “Pengurusan Sastera Sebagai Satu Genre Baharu Sastera Melayu”.
“Ahli  BUDIMAN yang berada di seluruh Malaysia digalakkan menjadi ahli KOBUDI sekali gus mengukuhkan dana koperasi dan kebajikan ahli,” katanya.
Katanya, dijangkakan  300 peserta akan menghadiri seminar termasuk ahli  Persatuan Pelajar Indonesia UPSI. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button