Nasional

UPSI ceriakan anak Orang Asli Kampung Chadak dengan Didik Hibur 3M

MASALAH keciciran murid berkaitan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) di prasekolah dan sekolah rendah terutamanya dalam kalangan murid orang Asli kini pada tahap sangat membimbangkan terutamanya pada pasca Covid-19.
 Pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) prihatin  apabila murid dalam kalangan orang Asli mengalami masalah ini sehingga ada yang kurang berminat untuk hadir ke sekolah.
Selain itu, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak (JPAKK), Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) mengambil inisiatif membangunkan menyelidik dan produk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dinamakan Didik Hibur 3M Orang Asli bagi bagi mengatasi masalah keciciran 3M di peringkat Prasekolah &  Sekolah Rendah.
Pembangun produk Didik Hibur 3M, Seah Siok Peh menerima cenderahati daripada Norihan. Pembangun produk Didik Hibur 3M, Seah Siok Peh menerima cenderahati daripada Norihan.
           Penyelidikan diketuai Prof Madya  Dr. Abdul Halim Misnan bersama  Dr Seah Siok Peh, Azila Alias serta Hasviniy A/P Padmanathandan membangunkan produk berbentuk kit pembelajaran yang mengandungi modul dan bahan bantu mengajar yang melibatkan 3 aktiviti pendekatan Didik Hibur, iaitu Kreativiti, Nyanyian dan Permainan.
Abdul Halim berkata kit Didik Hibur 3M berjaya menghasilkan gabungan elemen pengetahuan, kemahiran dan emosi melalui aktiviti yang boleh menarik minat murid untuk belajar, bersesuaian dengan tahap dan menyeronokkan.
Produk yang diiktiraf oleh pakar pendidikan itu, katanya, memenangi pingat emas di Pertandingan EDUINNOVATION 2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.
Anak-anak orang Asli mengikuti aktiviti di Kampung Chadak, Ulu Kinta, Perak.
Beliau berkata terbaharu pasukannya menyertai  Program Jom Baca@Chadak anjuran Perpustakaan  Negara Malaysia (PNM) di Kampung Chadak, Ulu Kinta, Perak  yang menarik minat anak-anak orang Asli Kampung  Chadak merasai keseronokan  aktiviti menyanyi, menari, bercerita dan pelbagai permainan pendidikan bersama empat pensyarah dan tujuh mahasiswa dari JPAKK serta  pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, Norihan Mohamed Naim yang merasmikan Program Jom Baca@Chadak berkata beliau teruja  dengan usaha dan inisiatif UPSI menggunakan pendekatan mendidik melalui hiburan dan permainan untuk membantu anak-anak orang asli mempelajari 3M.
“Harapan saya usaha UPSI dapat diteruskan di perkampungan orang Asli di negeri-negeri lain sekali gus dapat memberi semangat dan minat kepada anak orang Asli untuk lebih bermotivasi serta seronok belajar di sekolah atau di rumah” jelasnya.
Prof Madya Dr Abdul Halim bersama anak-anak orang Asli yang menjayakan aktiviti berasaskan produk kit Didik Hibur 3M.
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff,  konsep aktiviti didik hibur 3M ini adalah alternatif terbaik dalam menyokong aspirasi pembangunan pendidikan Malaysia Madani serta memenuhi keperluan masyarakat  tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.
Justeru,  katanya, melalui pendekatan pendidikan yang santai, terkini dan bersesuaian diharapkan dapat menarik minat generasi muda terhadap kepentingan belajar bagi mencorak masa hadapan negara yang cemerlang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button