Ziana Zain geli hati jika dipanggil Datuk
Penyanyi terkenal Ziana Zain, akui geli hati jika dipanggil Datuk dan sekali gus menafikan menerima gelaran tersebut seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Bintang berusia 55 tahun itu akui terperanjat dengan berita tersebut malah tertawa apabila menerima mesej dari kalangan rakan-rakannya yang mengucapkan taniah selepas mendengar khabar angin tersebut.
“Saya sebenarnya geli hati bila dapat ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang kata saya dapat gelaran Datuk pagi semalam (Isnin).
“Saya dapat gelaran nenek adalah, gelaran Datuk tiada. Apa pun saya menafikan berita yang tular tersebut. Saya terkejut waktu dengar, saya kata ‘bila masa pula aku dapat gelaran berita itu’. Saya kata tiada pun dekat mereka.” Katanya semasa ditemui pada majlis Bariatrik di Ampang.
Tambahanya lagi, jika menerima gelaran Datuk ia merupakan satu rezeki dan menerima dengan dengan hati terbuka sepanjang pencapaian bergelar anak seni.
“Gelaran Datuk adalah satu anugerah atas pembabitan saya dalam kerjaya nyanyian. Kalau ada saya bersyukur, tetapi kalau tiada pun tak mengapa, yang penting bukan pangkat tapi duit.
“Cuma, apa yang dirisaukan, kalau saya dapat gelaran Datuk mungkin banyak perkara yang berubah termasuk karakter saya. Disebabkan itu, kalau dapat sekalipun saya akan minta orang panggil saya Ziana macam biasa,” ujarnya lagi.
Sebelum ini terdapat sebuah portal memuat naik berita yang mendakwa Ziana bakal menerima gelaran Datuk.
Ditanya tentang hubungan anak-anaknya bersama bekas suaminya, Ziana memberitahu hubungan sekarang anak dan bapanya masih baik.
“Saya akan tanya pada anak-anak sudah mesej bapanya belum, jangan tak ingat bapa, saya tak menyekat hubungan mereka, berdosa.., jangan disebabkan kita hubungan anak-anak terputus, besok anak derhaka susah kita.
“Kita perlu lakukan persekitaran yang sihat di kalangan anak-anak, masa bapak dia nak jumpa anak dia jumpalah yang peting pulangkan balik”, katanya.
Ziana yang popular menerusi platun lagu madu berhelah itu, akui selesa dengan statusnya kini sebagai single mother.
“Saya lebih selesa dengan status bujang kini, saya nak pergi minum kopi dengan kawan-kawan, pukul berapa nak balik suka hati, yang paling penting saya akan sentiasa report dengan abah saya.
Untuk rekod Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, dan Muhammad Ammar, 19, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15.
Namun mereka membuat keputusan untuk berpisah lima tahun lalu.
Artikle Berkaitan :>
Bekas suami Ziana Zain rayu Mahkamah Tinggi ketepikan hukuman penjara