Agama

PMX ucap tahniah pada pemenang Qari Antarabangsa

Kelmarin telah berlangsungnya pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Seramai 76 orang peserta keseluruhannya dari 52 buah negara menyertai MTHQA ini dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertaranum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada pemenang utama yang merupakan Orang Kurang Upaya Penglihatan selain berharap program seperti ini dimanfaatkan untuk demi meningkatkan ilmu Al-Quran.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi juara Qari Antarabangsa merupakan OKU penglihatan

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa yang dengan Pengurniaan Hadiah daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan Al-Quran, malah ianya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam Al-Quran.” Tulisnya di laman Facebook rasmi.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran manakala tempat ketiga oleh Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam.

Muhammad Qayyim yang kurang penglihatan sejak lahir lagi, beliau bersyukur kerana usahanya selama 16 tahun mendalami dan mempelajari Teknik bacaan alquran menggunakan naskah Braille membuahkan hasil.

“Perasaan saya gembira ada, sebak ada… bagi saya, kita kena ada minat dalam bidang tarannum, saya sarankan untuk kita semua belajar tarannum sebab ia boleh buat kita rasa seronok dan kita boleh bawa bacaan dalam solat,” katanya kepada pemberita.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ayah serta keluarga yang sentiasa memberikannya sokongan dan galakan dalam bidang itu.

“Pada sesiapa yang ada masalah penglihatan, kita ni kena juga belajar baca al-Quran kerana dengan al-Quran ni, cerah masa depan kita,” katanya.

Anak kelahiran Kelantan itu sebelum ini menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Artikle Berkaitan :>

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran bukan sekadar acara tahunan – Raja Perlis

Universiti Muhammadiyah Malaysia disambut baik di Perlis- Pemangku Raja

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button