Negeri

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran bukan sekadar acara tahunan – Raja Perlis

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran yang dianjurkan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan sebaliknya ia adalah untuk mendidik dan mengajak umat Islam mencintainya.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah al-Quran bukan hanya sekadar untuk dibaca sebaliknya perlu juga difahami maksudnya.

“Mereka yang berusaha memahami isi kandungan al-Quran adalah orang yang benar-benar ingin tahu titah perintah Tuhan Yang Agung.

“Bagi yang memahami bahasa Arab bolehlah melihat kitab-kitab tafsir yang muktabar,” titah baginda pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Menghafal al-Quran Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini malam semalam.

Baginda bertitah al-Quran juga adalah penawar, penyejuk hati, menenangkan jiwa yang resah dan tertekan.


Titah baginda, jika bulan Ramadan menjadi mulia kerana al-Quran yang turun di dalamnya, maka manusia juga akan menjadi mulia apabila berpegang dengan panduan al-Quran.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

— BERNAMA

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button