NasionalPendidikan

Pelan Pembangunan Pendidikan, cerminan kejayaan setiap peringkat

INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) berbangga dengan kejayaan sedekad Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2022 yang dilancarkan semalam merekodkan kejayaan cemerlang pelan induk pendidikan tersebut sejak pelaksanaannya pada tahun 2013.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, perjalanan pelaksanaan pelan pembangunan tersebut yang terkandung dalam laporan tahunan terkini dan Gallery Walk mencerminkan kecekalan dan inovasi mampan yang boleh menjadi ikutan dalam mengatasi segala bentuk rintangan dan halangan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. – GAMBAR FACEBOOK

“Penilaian setiap laporan tahunan dari tahun 2013 hingga 2022 jelas membuktikan 10 tahun pelaksanaan PPPM telah menghasilkan kejayan yang cukup bermakna sejak pelancarannya oleh bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September, 2013.

“Tan Sri Muhyiddin sewaktu melancarkan PPPM menyifatkan pelan pembangunan tersebut sebagai manifestasi transformasi kerajaan paling komprehensif dalam melahirkan modal insan terbaik ke arah memacu aspirasi pembangunan negara,” katanya.

Katanya lagi, MASA ingin merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama tidak berbelah-bahagi pelbagai pihak berkepentingan, termasuk masyarakat umum, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan korporat, yang telah memainkan peranan penting dalam transformasi pendidikan negara.

Namun, katanya, penghargaan tertinggi tentulah wajar diberikan kepada warga pendidikan di semua peringkat kementerian, jabatan dan pejabat pendidikan, khususnya di sekolah seluruh negara.

“Ternyata sumbangan kolektif mereka telah mengukuhkan kejayaan menyeluruh pelan pembangunan tersebut. Dalam saat kita meraikan kejayaan ini, jangan sesekali kita melupakan peranan penting yang telah dimainkan oleh Tan Sri Muhyiddin yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelapan.

“Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 2009 hingga 2015 dan kepimpinannya yang cemerlang dan berwawasan jelas terbukti melalui penyediaan kerangka pembangunan pendidikan asas yang transformatif ini,” ujarnya.

Jelas, dedikasi dan komitmen Tan Sri Muhyiddin telah membuka jalan kepada penghasilan rancangan komprehensif ini yang telah menyaksikan kejayaan transformasi pendidikan sepanjang sedekad lalu, katanya.

“Laporan Tahunan 2022, yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor, memaparkan pencapaian pelan pembangunan ini menerusi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan.

“Di samping kejayaan dan peningkatan prestasi pelajar, penyempurnaan latihan guru hinggalah kelancaran perjalanan integrasi teknologi di dalam bilik darjah,” jelasnya.

Tambah beliau, impak pelan pembangunan ini boleh dirasai dalam setiap aspek pendidikan merentas semua peringkat.

Oleh itu, katanya, PPPM telah mengorak langkah berwawasan bagi negara kita dalam mengukuhkan aksesibiliti dan kualiti, kesaksamaan, perpaduan serta kecekapan dalam pendidikan.
“Pelan induk pendidikan ini telah menggariskan trajektori luar biasa untuk sektor pendidikan Malaysia, sekaligus membentuk masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang.

“Di saat kita melangkah ke tahun seterusnya, MASA komited untuk meneruskan legasi kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Beliau berkata, melalui kerjasama dan inovasi berterusan, kita yakin bahawa asas dan visi yang diilhamkan oleh Tan Sri Muhyiddin akan membawa kita ke arah landskap pendidikan yang lebih bermakna dan berimpak tinggi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button