Hiburan

Sampai Histeria Gadis Melayu jumpa Refal Hady

Kehadiran pelakon lelaki Refal Hady dari Indonesia mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 1,000 peminatnya dari kalangan wanita teruja apabila berjumpa pelakon tersebut.

Sabtu lalu telah berlangsungnya tayangan perdana filem dari negara seberang, ‘Ketika Berhenti di sini’ bertempat di GSC Starling, Petaling Jaya.

Refal Hardy dan Prilly Latuconsina hadir Ke Malaysia semepena promosi ‘Ketika Berhenti di sini’

Dalam acara itu kelihatan para peminat bergitu teruja apabila dapat berjumpa aktor yang berasal dari Jakarta sehingga ada yang menjerit seperti ‘Histeria’ menyambut kehadirannya.

Menurut Refal dia sangat teruja dan sambutan yang luar biasa untuk berjumpa para peminat di sini.

“Saya sangat teruja berada di sini berjumpa peminat Malaysia,” katanya kepada Kosmo! Online sebelum perjumpaan peminat di sini, semalam.

Selain Refal, pelakon Indonesia lain yang hadir di ibu negara ialah Prilly Latuconsina dan sutradara filem terbabit, Umay Shahab.

Filem Ketika Berhenti Di Sini mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Ogos lalu mengisahkan seorang pereka grafik bernama Anindita Semesta (Prilly) yang mempunyai idealisme tinggi dan takut berdepan kegagalan Anindita berjumpa dengan Edison Kartasasmita (Bryan) yang merupakan seorang arkitek.

Pertemuan mereka bermula dengan salah faham, tetapi membawa kepada perkenalan sehingga terjadi suatu tragedi yang memberi impak besar terhadap Anindita. – SM

Artikle Berkaitan:>

Tiga artis popular antara calon PEMILU Indonesia 2024

Pelakon lelaki mencekik isterinya selepas kantoi curang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button