NasionalNegeri

Semua pihak perlu main peranan wujudkan masyarakat berdaya tahan

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan dan berwibawa untuk mencapai kualiti hidup yang terbaik, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizudddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, sumbangan ilmu dan kepakaran daripada ahli akademik, penyelidik, pengamal industri, dan juga pelajar amat diperlukan untuk kemajuan masyarakat dan negara.

“Ini penting untuk kelestarian pertumbuhan intelek, dengan bekerjasama antara satu sama lain,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan merasmikan “International Conference on Language, Education and Tourism (ICLET) 2023” secara digital yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui “Kursi Jamalullail” baru-baru ini.

Secara khusus, persidangan di Kampus IIUM Pagoh, Johor ini adalah bagi membincangkan tajuk “Diversiti dan Transformasi Bahasa, Pendidikan dan Pelancongan ke Arah Masyarakat Mampan”.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, dalam menggalakkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam pendidikan ke arah pembangunan mampan untuk melahirkan generasi masa depan yang mampu memastikan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“Kita boleh mencapai matlamat ini melalui perbincangan, penyelidikan dan persidangan yang memberi tumpuan kepada strategi dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pembangunan masyarakat dan negara,” titah Baginda.

Pemangku Raja “juga berharap semoga perbincangan dan perbahasan yang dijalankan oleh para pembentang dalam persidangan tersebut dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang kepentingan memahami dan menghargai kepelbagaian ilmu, penyelidikan dan perbahasan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button