Nasional

Kemudahan untuk OKU di IPTA antara yang dicadangkan dalam MKBOKU – Nancy Shukri

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2023.

Sebanyak sepuluh (10) Anggota Baharu (Individu) telah dilantik sebagai anggota majlis di bawah Seksyen 3 (2)(j) Akta Orang Kurang Upaya 2008. Lantikan ini berkuat kuasa selama dua (2) tahun mulai 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2025 dan kriteria pelantikan adalah berdasarkan kepada nilai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang luas
berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa.

Melalui mesyuarat ini dua (2) cadangan telah dikemukakan iaitu:

a) Pelaksanaan Projek Bagi Melengkapkan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan Kemudahan Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di KPT dari segi
kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan juga bangunan awam; dan

b) Dapatan Program Audit Akses 2011-2022 oleh Universal Design Unit (Kudu)/Department of Architecture, Kulliyyah Of Architecture And Environmental Design (KAED), International Islamic University Malaysia bagi menepati Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina bagi memudahkan akses kepada penggunaan OKU.

Dalam mesyuarat ini juga dua (2) kertas makluman telah dibentangkan antaranya Projek Melengkapkan Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kemudahan Mesra OKU serta Laluan Khas bagi Kemasukan Pelajar Melalui UPUonline sebagai memenuhi aksesibiliti dan kesaksamaan hak kepada golongan OKU dalam masyarakat.

Dengan adanya usaha dan perancangan berterusan ini KPWKM yakin MKBOKU akan terus diperkasa dalam memperjuangkan hak OKU. Mesyuarat ini juga bertindak sebagai platform utama Kerajaan ke arah
pembangunan, pemulihan, pembangunan serta pengintegrasian dalam komuniti OKU di negara kita selaras dengan rukun Kesejahteraan seperti yang terkandung dalam aspirasi Malaysia MADANI yang meliputi
ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button