McDonald’s Malaysia raikan French Fry Day di Menara KL catat Book of Records!
SEMPENA dengan sambutan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia meraikan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ dengan memaparkan kanvas ketang goreng yang luar biasa melalui LED dan mewarnai Menara KL.
Acara ini merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, sambutan luar biasa ini secara langsung mengetengahkan bagaimana McDonald’s French Fries mampu untuk mengumpulkan orang ramai di Menara KL untuk menyaksikan acara kemuncak.
Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjadi lebih istimewa dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Dato’ Sheila Majid, yang cukup dikenali sebagai ‘Ratu Jazz’, untuk memeriahkan sambutan ini.
Sebagai wajah untuk acara ini, Sheila Majid yang telah mencipta nama di rantau ini dan membawa pengiktirafan kepada Malaysia, membantu meraikan dua ikon kesayangan rakyat Malaysia ini melalui bakat dan daya tarikan muzik beliau yang tada tandingan, sekaligus mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Menurut Naib Pengurusi dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, acara ini juga sebagai tanda ucapan terima kasih buat semua pencinta McDonald’s.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Menara KL untuk sambutan yang cukup istimewa ini. Sambutan ini memberi kami peluang untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan kepada rakyat Malaysia terhadap McDonald’s French Fries, kebanggaan mereka terhadap Menara KL yang tidak tergoyahkan, dan daya tarikan Sheila Majid sebagai ikon muzik tanah air.
“Acara pada malam ini merupakan penghormatan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan setia kami. Ini juga merupakan usaha kami mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, melalui kegembiraan yang dibawa oleh ikon-ikon ini dalam kehidupan rakyat Malaysia,” luahnya.
Selain itu acara ini sekali gus direkodkan dalam Malaysia Book of Records untuk ‘The Tallest French Fry in Malaysia’.
“Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tampa mengira latar belakang. la juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’* untuk pelanggan kami. Ini tidak akan mampu tercapai tapa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, mulai 14 hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membelimana-mana set Mc Value Meal bersaiz medium atau besar layak untuk pembelian McDonald’sFrench Fries bersaiz kecil dengan harga hanya RM2.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McDonald’s sempena International Fry Day, layari www.mcdonalds.com.my.
Artikel berkaitan:>
McDonald’s Tampin tampil dengan reka bentuk rumah tradisional