KemalanganNasional

Guru besar maut motosikal rempuh tiang elektrik

Seorang guru besar maut selepas motosikalnya dipercayai melanggar tiang elektrik di Jalan Supar, Sabak Bernam.

Kejadian 1.30 tengah hari semalam berlaku ketika mangsa berusia 59 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tengar.

Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim Mohd Alias berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar tiang elektrik.

“Mangsa cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia. Permukaan jalan basah ketika kejadian kerana hujan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah di Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Related Articles

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – SM

BACA Guru maut jatuh balkoni ketika buat persiapan buka sekolah

BACA Pesara guru maut dipercayai ditikam anak sendiri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button