fbpx
Kemalangan

Guru maut jatuh balkoni ketika buat persiapan buka sekolah

SEORANG guru lelaki Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah maut ketika membuat persiapan akhir bagi pembukaan sekolah esok.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu guru terbabit dikatakan terjatuh dari balkoni di tingat satu sekolah berkenaan ketika melakukan tugas untuk mempersiapkan sekolah yang akan dibuka semula esok.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, guru yang berumur 54 tahun itu maut akibat kecederaan parah di kepala.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikatakan sedang melakukan pemeriksaan paip air bagi memastikan setiap singki di dalam kelas di sekolah itu berfungsi dengan baik.

“Mangsa memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter,” katanya.-SM


(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button