NasionalNegeri

Duta Besar Malaysia Ke Thailand sampaikan Syarahan Umum di UniMAP

DUTA Besar Malaysia Ke Thailand, Datuk Jojie Samuel menyampaikan Syarahan Umum di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, semalam.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis syarahan tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Jojie Samuel dan delegasi melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Naib Canselor UniMAP (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr. Mohd Yusoff Mashor serta pegawai-pegawai utama universiti.

Pada syarahan umum itu, Jojie menyentuh tentang hubungan dua hala antara Malaysia-Thailand, sektor pelancongan, perkembangan terkini politik di sana, serta keadaan semasa di Selatan Thailand.

Semasa berucap, Jojie menyatakan Malaysia dan Thailand bernasib baik kerana berada di Asia Tenggara, iaitu pada wilayah yang dipenuhi dengan pelbagai keistimewaan dari segi sejarah dan budaya serta sumber semula jadi.

Katanya, sebagai tempat yang bebas konflik ini pastinya dapat memberi ruang untuk memacu ekonomi dan kemakmuran yang mampan bagi keamanan dan keselamatan serantau.

“Malaysia adalah jiran dan rakan kongsi yang baik di mana sentiasa komited bekerjasama dengan Thailand termasuk mengukuhkan hubungan dua hala bagi faedah bersama, dan terus berkembang sehingga ke masa hadapan,” tambah Jojie lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor UniMAP turut berkenan berangkat singgah bersama-sama delegasi daripada Kedutaan Besar melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP.

Jojie Samuel ketika memberi Syarahan Umum di UniMAP.

Anggota delegasi memperlihatkan rasa kagum dengan seni bina yang unik, suasana dan teknologi perpustakaan itu yang lebih maju dari segala segi serta memudahkan pelajar menjalani proses pembelajaran.

Jojie juga memuji segala inisiatif yang dilaksanakan Pemangku Raja yang berkenan mengilhamkan pelbagai inisiatif menarik untuk hubungan dua hala antara Malaysia khususnya Perlis dan Thailand.

Katanya, semoga hubungan ini terus dikekalkan dan akan memberikan lebih banyak kebaikan serta impak terutamanya kepada Perlis dan rakyatnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan hadir pada majlis Syarahan Umum oleh Jojie Samuel di UniMAP.

Terdahulu daripada itu Jojie turut mengadakan satu perbincangan strategik bersama dengan institusi-institusi pendidikan tinggi yang di Perlis ternasuklah UniMAP, UiTM Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) khususnya dalam membantu mengembangkan Bahasa Melayu serta tulisan jawi di Thailand. – SM

BACA UniMAP pelopori pendidikan secara fleksibel – Pemangku Raja Perlis

BACA UniMAP sahut lima inisiatif KPT lahir pekerja terbaik

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button