Rencana

UPSI, Universitas Mataram Jalin Kerjasama

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universitas Mataram, Indonesia (UNRAM) sebagai usaha merealisasikan misi pengantarabangsaan universiti.

Mou yang ditandatangani itu melibatkan pelaksanaan aktiviti program sangkutan bagi mahasiswa dalam penganjuran persidangan, penyelidikan dan penerbitan di antara kedua belah pihak bagi menyokong perkembangan pendidikan bersama.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, jalinan kerjasama ini selaras dengan harapan universiti dan FMSP bagi meningkatkan lagi potensi usahasama rakan serantau ASEAN yang berpengalaman dan berkedudukan yang mapan dengan harapan mampu mewujudkan perkongsian profesional dari segi ilmu dan kepakaran demi pembangunan anak bangsa.

Prof Dato’ Md Amin (empat dari kiri) bertukar doklumen dengan Prof. Ir. Bambang Hariq Kusumo di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

“Sejurus usaha dalam merealisasikan UPSI sebagai Pemacu Keunggulan Pendidikan 2030 di Malaysia dan serantau, kerjasama ini secara tidak langsung memberi kesan positif dalam melonjakkan kedudukan UPSI dalam ranking 100 universiti terunggul dunia dalam bidang pendidikan” jelasnya semasa ucapan aluan majlis menandatangani MoU bersama Universitas Mataram di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah kelmarin.

“Kerjasama antarabangsa Malaysia dan Indonesia sebagai bangsa serumpun dalam membangunkan dua negara, membangkitkan lagi semangat bersatu dalam membina pendidikan bersama.

Keistimewaan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai titik kemajuan dan kebanggaan kita memajukan universiti kedua buah negara.” jelasnya.
Selain itu, katanya, Pelan Strategik UPSI yang dirangka dan dilaksana melalui konsep 3R, iaitu “Reffered, Relevant, dan Respected” dalam aspek fasiliti, akademik, bukan akademik, pelajar dan universiti telah ditambahbaik melalui pelaksanaan strategi memacu kecemerlangan dengan pemeteraian MoU ini.

Beliau berkata kerjasama pihak FMSP bersama Universitas Mataram diharap menjadi satu langkah permulaan yang berterusan pada masa akan datang terutama dalam aspek perkongsian pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang sekaligus memberi faedah kepada mahasiswa melalui pemindahan kepakaran dan kemahiran yang ada.

Deligasi UNRUM bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi UPSI selepas majlis menandatangani MoU.

Seramai 44 delegasi UNRAM yang terdiri daripada Direktor Pasca Sarjana UNRAM, Pensyarah dan 39 mahasiswa Program Magister Administrasi Pendidikan Pasca Sarjana UNRAM turun padang menghadiri majlis tandatangan memorandum persefahaman di UPSI ini.
UNRAM diwakili Rektor, Prof. Ir. Bambang Hariq Kusumo serta WR Bidang Perencanaan, Kerjasama dan Sistem Informasi UNRAM, Prof. Akmaluddin, manakala saksi bagi pihak UPSI adalah Timbalan Naib Canselor( Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Marzita Puteh dan Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman.

Hadir sama ’ Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhtalid Salimin; , Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi UPSI (JKPU), Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Dr. Christine Augustine dan delegasi Universitas Mataram (UNRAM).

Oleh: Siti Khairanie Mohd Roslan (Pelajar Latihan Industri BKK UPSI)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button