Budak perempuan maut terjatuh dari tingkat 10
Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat 10, Apartmen Ganggarak Permai, Labuan, Sabah, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Ahmad Jawila, mangsa ditemukan tidak bernyawa di tingkat satu.
Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartmen tersebut.
Pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kanak-kanak malang itu telah meninggal dunia.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.
Siasatan awal polis mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222.
Artikle Berkaitan :>
Kanak-kanak perempuan cedera, kereta bertembung dengan trak pikap
Doktor cabul pesakit kanak-kanak perempuan ditahan