MoU Alphacapital, Rakyat Trustee dan Seterra pastikan kebajikan pusat kebajikan warga emasterlaksana
MENGUBAH stigma bahawa kediaman warga emas sebagai pusat perlindungan yang menghimpunkan pelbagai kisah duka dan pilu segelintir ibu bapa yang dipinggirkan oleh anak-anak, boleh digarap dengan naratif yang lebih positif.
Salah satu caranya adalah dengan membina pusat penjagaan warga emas bertaraf dunia lengkap fasiliti dan infrastruktur secara terancang. Sekaligus menawarkan pelbagai aktiviti riadah menyeronokkan, juga majlis ilmu yang boleh meningkatkan kerohanian sebagai persediaan terakhir mereka.
Realistik akan warga emas sewajarnya dilindungi, Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad, dan Seterra Group of Companies, memeterai usahasama melalui satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Daigor Hong Kong Style Muslim Restaurant, Jumpa @ Sg Wang, baru-baru ini.
Lembaga Pengarah Alphacapital (M) Berhad , Tuan Syed Mahadzir Fadaak berkata, pihaknya menyasarkan pelaburan sebanyak RM100 juta untuk melaksana dan menggerakkan projek ini.
“Sinergi tiga hala membabitkan tiga entiti ini bukan sekadar membangunkan sebuah projek, akan tetapi turut memastikan pelaburan yang dibuat pelabur dapat diuruskan secara sistematik, berwibawa dan amanah.
“Disini peranan Alphacapital (M) Berhad adalah sebagai syarikat pelaburan. Manakala Rakyat Trustee Berhad pula bertindak sebagai Pemegang Amanah. Sementara Seterra Group of Companies mengerakkan projek ini dan mengumpul data pelabur berpontensi.
“Sasaran pelabur kami adalah golongan T20 yang ingin melabur untuk saham akhirat mereka,” katanya.
Isu kediaman selepas persaraan sebelum ini pernah dibahaskan dan ianya tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.
Pengarah Seterra Group of Companies, Yang Mulia Raja Dhiyauddin Raja Amir, dalam kenyataannya berkata, pada masa ini terdapat kira-kira dua juta warga emas berusia 60 tahun ke atas di Malaysia.
“Menurut laporan statistik penduduk, Malaysia hari ini dihuni 7 peratus warga emas berusia 60 tahun dan keatas. Dijangka mencapai status negara menua pada 2030 kerana 15 peratus penduduknya terdiri daripada golongan yang disebutkan tadi.
“Dimanakah warga emas ini akan ditempatkan sekiranya tanggungjawab menjaga mereka tidak dapat dipikul anak-anak. Atau mereka sendiri yang memilih untuk menetap dengan rakan seusia kerana seronok melakukan aktiviti kerohanian bersama-sama. Dimana pihak
pengurusan rumah warga emas bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan menguruskan kebajikan, memantau kesihatan dan melaksanakan aktiviti.
“Konsep rumah warga emas bakal bina bukan seperti yang pusat perlindungan sedia ada. Contoh jika warga emas ini mahu keluar riadah di pusat membeli-belah misalnya, akan ada pemandu yang bawa mereka untuk tujuan itu.
“Justeru kediaman selepas persaraan dilihat sebagai pelaburan yang berpotensi dalam menjana ekonomi negara dan pada masa sama memberi kehidupan yang lebih baik untuk warga emas di Malaysia, mungkin juga konsep ini dapat digunakan di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad, Faudzi Mt Din, pula berkata, peranan syarikatnya adalah menjadi pemegang amanah yang mengurus dan melaksanakan arahan dan mandat pelabur secara telus, cekap dan sistematik, sekaligus memastikan matlamat asal pelabur untuk tujuan kebajikan terlaksana.
“Pendekatan ini salah satu cara alternatif untuk membantu pelabur menguruskan kewangan mereka yang berhasrat melakukan kerja amal dan membina jambatan pahala melalui pelaburan yang dibuat.
“Sebagaimana umum tahu di Malaysia terdapat harta pusaka bernilai RM90 billion yang dibekukan dan tidak dapat dituntut oleh ahli keluarga. Keadaan ini mungkin disebabkan hutang piutang yang tidak dilangsaikan semasa hayat.
“Katakanlah pelabur itu adalah pesara, mereka menjual aset untuk membayar hutang-hutang yang ada. Sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh, mereka
laburkan kepada Alphacapital dan pihak kami bertindak menguruskan kewangan mereka. Pelabur yang merupakan warga emas ini masih mempunyai kediaman selepas persaraan yang disediakan kami, dalam masa sama mereka bebas hutang,” katanya.
Tambahnya lagi, pelabur berpotensi itu tidak semestinya warga emas yang menyumbang kepada projek ini tetapi sesiapa saja individu perseorangan atau syarikat yang berminat.
Sinergi 3 hala membabitkan tiga entiti ini tidak hanya tertumpu pada pembinaan kediaman selepas persaraan sahaja tetapi juga projek-projek berpotensi lain yang membawa kebaikan kepada ummah. – SM
Artikel berkaitan > MoU UPSI, CXS Analytics Sdn. Bhd Tingkat Kebolehpasaran