Selepas abang grab menegur warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong, kini akaun Grab miliknya digantung sejak 6 petang semalam dan tidak dapat mencari rezeki untuk sekeluarga.
Menerusi akaun tiktok bernama @matkibot, berkata, ia terjadi selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.
“Selepas 20 minit saya telah menerima panggilan pihak Grab, ada orang membuat laporan ke atas saya.. yang lapor tu bukan sesiapa pun, warga Singapura tu juga.
“Mereka melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan balik. CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la semak!,” dakwanya.
“Selepas video ini tular di media sosial, Grab telah gantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera hubungi perkhidmatan pelanggan Grab dan saya diberitahu akan menerima panggilan pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.
“Selepas 20 minit saya telah menerima panggilan pihak Grab, ada orang membuat laporan ke atas saya.. yang lapor tu bukan sesiapa pun, warga Singapura tu juga.
“Mereka melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan balik. CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la semak!,” dakwahnya.
Dalam masa yang sama dia juga mempunyai prinsip berani kerana benar dan akui sangat terkesan dengan punca pendapat yang diraih.
“Berani kerana benar, saya tak bersalah. Walaupun begitu, periuk nasi saya dihalang oleh individu yang bersalah. Saya tak tahu sehingga bila tak dapat bawa Grab.
“Saya dapat RM100, kena hantar ke rumah RM50 untuk isi perut isteri dan anak. Macam mana tu? Macam tulah di Malaysia. okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga. Begitulah nasib rakyat Malaysia, takdir rider,” luahnya.
Terdahulu, tular satu video kejadian yang membabitkan dua lelaki singapura tidak berpuas hari dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, Johor.
Lelaki warga Singapura itu juga bertindak mengeluarkan sejenis peralatan yang dipercayai pengunci stereng dari bonet kereta seolah-olah provokasi.
@suaramerdekamy When the mentality of Singaporeans is in the 10th class in the world.. minyak Malaysia pun dia nak sakau!
Namun pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh dua anggota polis bantuan, menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Komisioner Rahmat Ariffin, tujuan lelaki tersebut mengisi minyak ke dalam tong itu adalah untuk kegunaan go–kart.