NasionalUncategorized

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 3 disalurkan secara berperingkat mulai 26 Jun

LEBIH lapan juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai 26 Jun 2023.

“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023.

“Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata  Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:

STR

Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan April lepas.

Ketiga-tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023.

Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023.

Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.

Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button