NasionalRencah Hidup
Anak-anak muda, mahasiswa makan tengah hari dengan PM Anwar
WALAU sibuk dengan tugas-tugas rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sempat meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama anak-anak muda di Cyberjaya.
Selepas menjamu selera, Perdana Menteri Anwar bersama-sama dengan anak-anak muda menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di kawasan berdekatan.
“Alhamdulillah, dapat ketemu ramai anak muda dan mahasiswa,” kata Anwar dalam catatan ringkas di Facebook akaun beliau, hari ini.
Tiada butiran lanjut yang dikongsi oleh PMX di Facebook ketika menyantuni dan makan tengah hari bersama-sama anak-anak muda dan golongan mahasiswa. – SM