Berita

Rumah Hamzah diserbu LHDN

Rumah ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada pagi Selasa (13 Jun).

Menurut sumber, serbuan di rumah Hamzah di Damansara adalah disebabkan dakwaan cukai pendapatan yang tidak dilaporkan.

“Hamzah berada di rumah semasa serbuan.

“Fail dan dokumen mengenai akaun dan pemilikan aset telah dirampas,” kata sumber itu dipetik The Star.

Sumber yang rapat dengan Hamzah berkata ini adalah tindakan pihak berkuasa yang bermotifkan politik, kerana ahli parlimen Larut itu sentiasa merekodkan cukainya.

“LHDN tidak menyatakan secara terperinci sebab serbuan sama ada berkaitan cukai melibatkan syarikat atau beberapa projek atau tidak.

“Hamzah masih menunggu dokumen daripada LHDN,” kata sumber itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button