Rencah Hidup

Jual jambu mampu raih pendapat RM40,000 sebulan

Seorang pengusaha lori tidak menyangka keputusannya menukar kerjaya mengusahakan kebun jambu gergasi yang diberi nama ‘louhan’ sejak 20 tahun lalu membuahkan hasil yang lumayan.

Bagi Chan Teng Chay, 65, berkata, dia mengambil keputusan menyerahkan perniagaan lori di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor kepada anaknya kerana ingin mengusahakan tanaman jambu adalah keputusan yang tepat.

Menurutnya, kerjaya barunya bermula apabila dia membeli 100 anak pokok jambu dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat pada tahun 2000.

Chan Teng Chay menunjukkan kawasan kebun jambu seluas 3.2 hektar di
Kampung Stulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka.

Katanya, dia tertarik untuk menanam jambu dari Taiwan itu setelah melihat saiz buah yang besar dari yang ditanam di Malaysia selain rasa manis dan ranggup.

“Saya berkunjung ke Taiwan dan beli 100 anak pokok dan menanamnya di Batu Pahat. Hasilnya saya teruja melihat saiz buah yang besar serta rasa manis dan ranggup.

“Kemudian saya bawa 500 anak pokok buah itu untuk ditanam di kebun belakang rumah di Kampung Stulang Daeng, Bukit Rambai pada tahun 2006.

“Apabila melihat hasil yang cukup memberangsangkan dan mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat saya mula menanam sehingga 1,300 pokok di kawasan seluas 3.2 hektar,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, buah jambu yang ditanamnya mendapat permintaan tinggi terutama daripada pemborong di Kuala Lumpur.

Ujarnya, kebunnya mampu mengeluarkan hasil 5 tan seminggu dengan jualan jambu gred A seberat 600 gram dan gred B pula seberat 400 gram.

“Jambu ini sebenarnya mampu mencecah berat 2 kilogram tetapi untuk jualan berat buah ini mesti kurang daripada 1 kilogram kalau tidak ia tidak laku untuk dijual,” ujarnya.

Jelasnya, sebulan dia mampu meraih pendapatan antara RM10,000 hingga RM40,000.

“Setakat ini buah jambu yang saya usahakan hanya dijual kepada pemborong di Kuala Lumpur sahaja itupun tidak cukup untuk menampung permintaan sedia ada,” katanya yang mengusahakan kebun dibantu anaknya Chan Kian Lee, 38.

Katanya, dia juga turut menanam dua jenis lagi pokok jambu iaitu jenis kristal yang tiada biji dan jambu batu merah sebanyak 100 pokok.

Ujarnya, jambu itu diberikan nama louhan dipilih mengikut nama ikan flower horn yang dibelanya kerana benjolan seakan-akan jambu. – SM

BACA Dakwa diri difitnah, Tauke Jambu mahu ambil tindakan undang-undang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button