Hiburan

Dakwa diri difitnah, Tauke Jambu mahu ambil tindakan undang-undang

Pelawak popular Tauke Jambu memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah dan penyebaran berita palsu mengenai dirinya.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Tauke menyatakan tindakan tersebut akan dibuat oleh peguamnya.

Harap maklum semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

“Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai,” ujarnya.

Sebelum ini, pelawak berkenaan telah ditahan polis bagi membantu siasatan berkenaan kes kegiatan pemerdagangan manusia bertujuan eksploitasi seks.


Dalam pada itu, Tauke juga berharap dengan tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial. -SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button