Kritikan terhadap UMNO sekadar melepaskan geram
TIDAK menjadi kudis segala kritikan yang dilemparkan oleh bekas pemimpin atau ahli UMNO yang berada di luar sana kerana apa yang diperkatakan mereka, umpama masuk teling kanan, keluar telinga kiri.
10 Ahli UMNO yang sama ada dipecat atau digantung dari parti tidak habis-habis merapu di luar sana yang sebenarnya menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin yang berada dalam parti hari ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kritikan-kritikan yang dilontarkan perlu dinilai dengan baik dan UMNO tidak akan menyekat kebebasan bersuara.
“Saya minta semua ahli UMNO merapatkan barisan dan melangkah ke depan ketika dihujani dengan kritikan tajam daripada bekas pemimpin dan ahli yang dihukum,” katanya.
Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat turut meminta ahli-ahli UMNO agar jangan terbeban dengan kritikan-kritikan yang dianggap sebagai ‘melepas geram’.
“Kita mara,” katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke ruang media di Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) di World Trade Centre, Kuala Lumpur, hari ini.
Tok Mat seterusnya berkata, segala kritikan perlulah dinilai dengan baik dan parti tidak akan menyekat kebebasan bersuara.
“Apa juga yang mereka cakapkan, apa jua yang dilemparkan itu, orang ramai boleh menilai,” katanya sambal menambah, keutamaan UMNO pada ketika ini ialah mengukuhkan parti.
Beliau berkata, UMNO dan ahli tidak mampu lagi berpecah, berselisih dan berpuak.
“Kurangkan sindir-menyindir antara satu sama lain,” katanya. – SM
BACA Kemelut politik: Semoga pemenangnya adalah rakyat, kata Mohamad Hasan
BACA Buat Pemimpinku Tok Mat Hassan Timbalan Presiden UMNO