Media harus rasa bebas menegur kerajaan – PM
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu media merasa bebas dalam menegur kerajaan.
Beliau berkata, selain ahli akademik, seniman dan sasterawan, media memainkan peranan penting dalam memaknai Malaysia Madani di dalam Kerajaan Perpaduan.
Media kata Anwar, perlu membentuk pemikiran masyarakat ke arah yang lebih positif.
Orang media, katanya, perlu mencabar diri untuk keluar dari belenggu kejumudan yang mengagungkan pemimpin tanpa asas yang benar.
Dalam era digital, kata Anwar, situasi semakin penting dan cabarannya harus ditangani dengan tuntas.
Anwar berkata demikian pada sambutan Malam Wartawan Malaysia 2023.
Perdana Menteri juga mengingatkan warga media perlu mengelak daripada diperguna oleh penyangak politik menggunakan media untuk menyebarkan berita yang tidak benar.