Nasional

PM setuju kekalkan subsidi ayam dan telur

KERAJAAN Malaysia akan meneruskan subsidi pengeluaran telur dan ayam untuk mengekalkan kawalan harga ke atas dua makanan ruji itu selepas 1 Julai, kata dua kementerian hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah merancang untuk mengapungkan harga atau menghapuskan harga jualan maksimum ayam dan telur mulai 1 Julai ini.

“Setelah mempertimbangkan semua aspek termasuk memastikan kelestarian industri ayam dan telur serta kebajikan orang ramai terus terpelihara, perdana menteri bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN untuk meneruskan subsidi dan kawalan harga ayam dan telur mulai 1 Julai 2023, ” kata dua kementerian dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Dua kementerian itu ialah Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kedua-dua kementerian itu berkata, Kabinet pada 17 Februari memutuskan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini. -SM

Baca juga : Kemampuan Jimmy Puah di Parlimen dipertikai PN Johor

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button